25 Mayat Ditembak Mati Dianggap Sebagai Pengganas

LAHAD DATU : Kesemua 25 mangsa yang ditembak oleh pasukan keselamatan negara di kawasan operasi (Op Daulat) akan dianggap sebagai pengganas berikutan tiada butir pengenalan diri yang ditemui dari mayat.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, keputusan itu dibuat berdasarkan kesemua mangsa yang ditembak keluar dari kawasan tumpuan dimana pihak keselamatan sedang melakukan operasi.
"Mereka tidak mempunyai sebarang dokumen (pengenalan diri). Jadi bagaimana untuk kita kenal pasti."

"Apa yang dapat kita pastikan mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan pengganas kerana mereka keluar dari kawasan tumpuan operasi," katanya dalam sidang media di Felda Sahabat 16 hari ini.

Tambahnya, polis turut percaya ketua pengganas Agbimuddin Kiram masih berada dalam kawasan tersebut dan tidak akan meninggalkan kumpulan pengganas tersebut untuk bertempur sendirian.Hamza turut menjelaskan, Op Daulat kini menumpukan di tiga kawasan utama iaitu di Kampung Sungai Bilis, Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung dan tiada pertempuran berlaku setakat ini.Beliau turut menegaskan kepada penduduk tempatan supaya tidak memasuki kawasan operasi bagi menjamin keselamatan mereka.

Kesemua 25 mayat pengganas yang ditembak mati akan diserahkan kepada pasukan forensik untuk tindakan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana