35 ahli Pas DUN Jabi sertai UMNO...Itu Yang Keluar Parti..Yang Diam?Bayangkan lah


BESUT 10 Mac - Seramai 35 anggota dan penyokong Pas dari Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.

Ketua mereka, Ali Bakar, 69, berkata, mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai.

"Dulu mereka persoalkan dan beritahu bahawa ahli UMNO jadi kafir kerana bersama-sama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional, tetapi hari ini Pas pula berkawan dengan DAP, tidak pula dihukumnya," katanya kepada pemberita.

Ali yang menjadi anggota Pas selama lebih 20 tahun berkata, mereka kecewa dengan sikap pemimpin Pas yang sering berdolak-dalih terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam termasuk penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

"Kami semua baru sedar tipu helah pemimpin Pas yang sering memutar belit isu agama sehingga ramai penyokong Pas terkeliru. Sebelum ini kami ahli Pas pernah bertanya kepada pemimpin kami mengenai kedudukan isu kafir-mengkafir, tetapi tiada seorang pun yang tampil memberi penjelasan menyebabkan kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi dengan cakap-cakap mereka," katanya.

Majlis penyerahan borang keahlian UMNO didahului oleh Ali kepada Setiausaha Umno bahagian Setiu, Ismail Samah. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana