Ahli politik, saudara Azzimudie disiasat polis


SHAH ALAM: Puluhan individu disyaki penyokong kumpulan bersenjata Sulu dilaporkan telah ditahan polis untuk soal siasat sepanjang dua minggu ini.

Mereka termasuk saudara-mara kepada ketua kumpulan bersenjata Sulu, Raja Muda Azizmudie Kiram, beberapa anggota tidak beruniform dan ahli politik tempatan, lapor The Star Online.

Polis dipercayai berminat untuk mengajukan soalan kepada saudara-mara yang rapat dengan Azzimudie yang dilihat sebagai 'pemain utama' dalam kumpulan penceroboh Sulu dan dipercayai telah bersembunyi di Lahad Datu atau Semporna.

Walau bagaimanapun tiada pengesahan rasmi tentang jumlah tangkapan dan identiti mereka setakat ini selain polis cuba mengaitkan dengan kumpulan penceroboh berkenaan.

Pada Selasa, penduduk kampung berdekatan Kembarabudi di kawasan Felda Sahabat menyatakan bahawa polis telah menahan lapan orang ketika mereka sedang memandu keluar dari Tanjung Labian, lebih kurang 5 kilometer persisiran pantai dari Kampung Tanduo yang telah dibom pasukan keselamatan kelmarin.

Penduduk kampung mendakwa mereka yang ditahan termasuk anak lelaki kepada Azzimudie dan seorang wanita dikaitkan dengan beliau.

Azzimudie, adik lelaki kepada individu yang mendakwa sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III, telah memberitahu The Star melalui perbualan telefon menyatakan bahawa salah seorang daripada anak beliau ada bersamanya di Tanduo bersama-sama 200 hingga 300 pengikut, termasuk enam wanita.

Penduduk Tanduo, yang telah melarikan diri apabila kumpulan Sulu pertama mendarat pada 9 Februari, berkata Azzimudie dan askar kanan dikenali sebagai Musa, bekas ahli Moro National Liberation Front (MNLF), dipercayai mempunyai kaitan tali persaudaraan dengan ketua kampung berkenaan melalui perkahwinan.

Azzimudie merupakan bekas pembantu pegawai daerah di Kudat sekitar tahun 1970-an dan keluarganya mempunyai ramai saudara-mara yang tinggal di Lahad Datu, Semporna dan Sandakan.

Polis telah menyoal-siasat ramai individu yang dipercayai mempunyai tali persaudaraan dengan Azzimudie untuk mengumpul maklumat tentang khabar angin bahawa kumpulan tempatan cuba untuk menyerang atau mencuri senjata daripada simpanan keselamatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana