AWAS...ada orang di Semporna dan Sandakan hantar duit ke Pulau Jolo


Ini ada satu perkembangan lain dalam kisah pencerobohan gerombolan bersenjata Sulu.Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan pasukan kita telah berjaya mengesan ada individu di Semporna dan Sandakan menghantar wang ke Pulau Jolo di Selatan Filipina untuk bantu pengganas.Katanya perbuatan ini adalah satu pengkhianatan kepada negara dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara seumur hiudp atau hukuman mati.

Beliau memberitahu sidang akhbar di Felda Residence di Felda Sahabat pagi Selasa pihak berkuasa sedang memantau perbuatan ini.Pulau Jolo  yang terletak 360 kilomiter dari Lahad Datu diketahui umum adalah pusat operasi puak Kiram dan ramai sanak  saudara Jamalul Kiram yang dakwa sebagai Sultan Sulu tinggal di situ.Pulau yang dihuni majoriti orang Islam itu juga terkenal sebagai sarang puak pemisah Selatan Filipina.
Pada sidang akhbar itu Khalid juga memberitahu dari jumlah 116 orang yang ditahan dibawah SOSMA kerana disyaki talibarut pengganas Sulu,seramai 42 orang sudah dibebaskan.

Mengenai seorang pengganas yang serah diri jam 5 petang semalam di Tanjong Batu,beliau kata keadaannya sangat menyedihkan kerana 15 hari tidak makan dan cukup tidor.Beliau berharap saki baki pengganas lain turut menyerah diri.Kata Khalid sebanyak 29 dari 42 mayat yang sudah dibawah keluar setakat ini termasuk dua kanak-kanak telah dikebumikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana