Azmin disiasat berkaitan video Projek IC...Padan Muka..Spesis Dajjal


CYBERJAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menafikan beliau terlibat dalam pembikinan video bertajuk ‘Program Tukar ke Orang Melayu’ yang mengisahkan pemberian kad pengenalan secara percuma kepada pendatang asing.

Azmin yang disoal siasat selama 3 jam tadi berkata kesemua 51 soalan yang diajukan pihak SKMM berkaitan dengan video berkenaan termasuk komen daripada pembaca mengenai kenyataan media yang dikeluarkan pada 8 Januari lalu di laman blognya.

“Soalan-soalan yang dituju pada saya berkisar kepada komen yang dimuatnaikkan di dalam Youtube tersebut di mana Youtube memaparkan warga asing. Kalau tengok warga asing itu macam orang Bangla yang dikejar oleh polis kemudiannya apabila ditahan pihak polis mengatakan mereka tidak perlu takut kerana pihak polis hendak memberikan kad pengenalan kepada mereka.

“Tetapi di bawah kad pengenalan tersebut, komen pertama yang dilihat kandungannya sama dengan kenyataan media yang saya keluarkan 8 januari 2013, maka mereka ingin menyiasat sama ada saya terlibat dalam pembikinan video tersebut dan saya telah memberikan jawapan tersebut,” katanya kepada pemberita tadi.

Sesi soal siasat telah dijalankan oleh Pegawai Penyiasat SKMM, Mohd Iqbal Ikhwandy Mat Zain.

“Saya mendapat arahan daripada SKMM untuk hadir pada petang ini dan bagi pihak mereka menjalankan siasatan di bawah 225 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau turut berkata antara soalan yang diajukan kepadanya berkisar kepada tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.

“Dalam kenyataan media tersebut adalah mengenai teguran saya kepada Tun Dr Mahathir yang cuba mengaitkan Tunku Abdul Rahman dalam isu kewarganegaraan ini dan saya menegur Tun Dr Mahathir jangan cuba menutup isu pokok yang sedang disebut dalam prosiding RCI di Sabah."

Beliau dalam pada itu turut berkata tindakan kerajaan menangguhkan RCI Sabah selama enam bulan sebagai satu tindakan terdesak yang ada kait dengan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Untuk rekod, kenyataan media Azmin yang dikeluarkan pada 18 Januari lalu menyelar tindakan Mahathir yang didakwa bertujuan 'membersihkan diri'daripada isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

“Saya tidak terlibat dalam pembikinan video tersebut, saya tidak terlibat dalam kerja-kerja menaikkan komen tersebut, saya sekadar menyatakan kenyataan rasmi saya seperti yang terkandung dalam blog rasmi saya,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu berkata akan memberikan kerjasama jika dipanggil oleh pihak SKMM untuk siasatan lanjut.

“Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak mereka dan itulah yang telah berlaku petang tadi,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana