BALU BERSYUKUR ARWAH SUAMI DINAIKKAN PANGKAT


Besut, 3 Mac - Balu Zulkifli Mamat, pegawai polis yang terkorban dalam insiden pertempuran di Lahad Datu Jumaat lepas, bersyukur apabila Allahyarham suaminya dinaikkan pangkat kepada ASP seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai tanda penghargaan buat perwira negara.

Noraziah Nor, 29, berkata pengumuman perdana menteri itu nyata satu kenangan manis dan sedikit melegakan buat beliau dalam membesarkan anak-anaknya setelah suaminya dari unit Komando VAT 69 terkorban dalam kejadian di Kampung Tanduo, Sabah.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat tentang saya dan anak-anak yang kini terpaksa meneruskan hidup tanpa suami tempat bergantung," katanya ketika ditemui di rumah ibu mertuanya di Kampung Kubang Ikan dekat sini hari ini.

Noraziah, seorang guru pelatih yang sedang menjalani latihan praktikal di SMK Tanjung Rambutan, turut terhutang budi dengan semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah membantu dalam menguruskan jenazah suaminya dari Lahad Datu hingga tiba di Besut untuk dikebumikan semalam.

Beliau berkata dengan ketiadaan suaminya sekarang, kemungkinan beliau akan memohon bertukar ke negeri asalnya, Perlis, sebaik tamat menjalani latihan praktikal.

"Dengan kemampuan yang tidak seperti dahulu, saya mungkin terpaksa menjual rumah kami di Bandar Baru Putra di Ipoh sebelum berpindah balik ke Perlis nanti," katanya yang turut ditemani ibunya Khalipah Mohamed Isa, 54 serta dua anaknya Nur Aqma Amiruddin Zulkifli, 5 dan Nur Muhamad Akil, satu tahun. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana