BALU ZULKIFLI SAYU TERIMA SURAT TAKZIAH DARIPADA PM


Besut, 8 Mac - Balu ASP Zulkifli Mamat, polis komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sabah, Jumaat lepas, menerima surat takziah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak semalam.

Surat itu disampaikan oleh Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa kepada Noraziah Nor, 29, di rumah keluarga Allahyarham Zulkifli di Kampung Kubang Ikan, di sini.

"Tiada apa yang mampu dikatakan selain ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas ingatan Perdana Menteri yang sudi menyampaikan surat takziah."Jasa Perdana Menteri dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) termasuk kerajaan tidak akan saya lupakan. Apa yang pasti akan dikenang oleh anak-anak saya apabila mereka dewasa kelak," kata Noraziah kepada pemberita selepas majlis ringkas itu.Penyerahan surat yang ditandatangani Perdana Menteri itu turut disaksikan ibu Allahyarham, Khatijah Ismail, 64 dan abang sulung Zulkifli, Zaidi Mohamed.Turut hadir Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria dan Timbalannya DSP Noorzainy Mohd Noor serta pegawai-pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.Pada majlis itu juga Jamshah menyampaikan sumbangan derma daripada warga Polis Kontinjen Terengganu.

Mengulas mengenai surat takziah itu, Jamshah berkata beliau diarah menyampaikan surat berkenaan kepada balu Allahyarham sebagai tanda ingatan kerajaan terhadap pengorbanan Zulkifli mempertahankan kedaulatan negara."Ini membuktikan bahawa Perdana Menteri amat mementingkan kebajikan setiap anggota keselamatan yang berkorban untuk mempertahankan negara," katanya.

Pada masa sama beliau meminta mana-mana pihak di negeri itu yang ingin menyumbang kepada keluarga Allahyarham agar menyalurkannya menerusi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. - BERNAMA

Comments

http://malaysiabangkit.blogspot.com/2013/03/lagi-sekali-anwar-cuba-menipu-rakyat.html

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana