Banggangnya....Misuari Dakwa Malaysia Punca Perpecahan Rakyat Moro


KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari sekali lagi mengaitkan Malaysia dalam tuntutannya keatas Sabah dengan mendakwa kerajaan Malaysia merupakan punca kepada perpecahan di kalangan rakyat Moro.Ketua Sekretariat Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Mohammad Ameen yang dipetik dari Pusat Berita Luaran sebagai berkata, beliau menolak dakwaan Misuari itu dan menyatakan dakwaan tersebut adalah palsu dan pembohongan bekas pemimpin MNLF itu.
"Misuari melakukan dosa berat kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan cuai terhadap MILF dan kerajaan Malaysia," katanya.Tegas Ameen, Malaysia merupakan entiti yang menyatupadukan bangsa moro dari kalangan puak MNLF dan MILF dengan pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) dan menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka terutama untuk berurusan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)."Bagaimana pula Malaysia boleh menggunakan MILF bagi mengukuhkan tuntutannya ke atas Sabah, bila Sabah tidakpun menjadi sebahagian daripada agenda rundingan damai sejak 2001?" kata Ameen.

Jelas beliau, selepas Joseph Estrada melancarkan perang terhadap MILF pada tahun 2000, Malaysia bertindak sebagai orang tengah dalam rundingan damai antara Kerajaan Filipina dan MILF (GPH-MILF) pada 2001 berdasarkan permintaan (bekas) Presiden Gloria Macapagal-Arroyo bukannya diatas permintaan Malaysia.Arroyo dalam lawatan ke Malaysia sejak pertama kali menjadi presiden dahulu meminta Malaysia mengaturkan rundingan damai GPH-MILF."Malaysia setakat memberi respon ikhlas terhadap permintaan jiran yang baik," ujarnya Ameen turut mempertikai niat MIsuari yang bersunguh-sungguh menuntut Sabah yang tidak prnah dibangkitkan dalam tempoh 21 tahun rundingan damai MNLF dan kerajaan Filipina dan Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) 1996 juga tidak menyatakan sebarang tuntutan keatas Sabah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana