Baru ada 'akai'... barang makanan naik 100 peratus di Pulau Tawi -Tawi Padan Muka...
Media Filipina Abs-Cbnnews melaporkan, sejak berpuluh tahun dulu penduduk Tawi-Tawi akan mendapatkan keperluan harian dari Sabah yang secara geografinya merupakan bandar yang paling hampir dengan mereka.Bagaimanapun perairan kedua-dua negara-negara itu telah diperketatkan untuk beberapa minggu ini selepas pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu sekaligus menghalang peniaga dari mendapatkan bekalan.Berikutan itu harga barang-barang keperluaan harian melambung tinggi.Sebagai contoh, harga petrol di Tawi-Tawi dan beberapa pulau berdekatan kini berlegar sekitar 60 sehingga 80 peso seliter. Sebelum ini, petrol di pusat tersebut berharga hanya 45 peso seliter (RM1 bersamaan 13 Peso).
Bekalan beras, yang juga diimport dari Malaysia, juga naik sehingga 900 peso seguni hari ini dari 600 peso sebelumnya.Gula juga kini berharga 50 peso sekilo berbanding 40 peso sebelumnya.Harga komoditi lain juga meningkat, termasuk mi segera, kopi, dan minyak masak - semua datang dari Malaysia."Kehidupan kami berubah," kata seorang pemastautin."Mereka (penceroboh) menyusahkan kami," kata seorang lagi.
Disebabkan permintaan yang berterusan, pemilik kedai berkata, mereka telah mengeluarkan stok terakhir mereka dan mungkin tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menjual dalam minggu-minggu akan datang jika keadaan berterusan.
Alvin Kwan, jurucakap bagi Dewan Perniagaan Cina di Tawi-Tawi, berkata wilayah itu kini merasai kesan yang buruk dari pencerobohan itu."Kami hanya berhadap keadaan kembali normal secepat mungkin," katanya.Perniagaan pertukaran wang asing juga telah terjejas. Di Tawi-Tawi, kedai-kedai pertukaran wang asing mungkin akan gulung tikar.Ringgit Malaysia dianggap sebagai mata wang utama dalam perdagangan di sana.Ringgit Malaysia kini diniagakan pada kadar pertukaran 8 Peso untuk RM1 berbading 13 peso sebelumnya.Kwan juga berkata, kejadian tersebut menjejaskan pendapatan penduduk Tawi-Tawi yang berladang di kelapa sawit di Lahad Datu.
"Bukan sahaja pekerja, sebaliknya ahli-ahli keluarga mereka yang selama ini bergantung hidup dengan pendapatan itu kini terjejas,"ujarnya.Manakala satu lagi media Filipina GMANews, yang menghantar wartawan membuat tinjauan di Pulau Sibutu berkata rata-rata penceroboh yang mengelar diri mereka tentera diraja Kesultanan Sulu telah dipujuk dengan wang USD600, pangkat dan tanah sebelum ke Lahad Datu.
"Ada diantara mereka yang memberitahu ke Lahad Datu untuk menghadiri perarakan dan dijanjikan bahawa tidak akan terlibat dengan pertempuran,"katanya yang membuat siasatan di pulau tersebut.
Comments