Benci-membenci modal politik pembangkang


Rakyat sedar bahawa di Sabah kini sudah wujud ramai musuh dalam selimut. Ops Daulat menyaksikan ramai rakyat berketurunan Sulu ditahan untuk membantu siasatan tragedi ini. Adalah kurang bijak menyimpulkan bahawa rakyat berketurunan Sulu tidak tersinggung atau berdendam dengan kerajaan dan bangsa Malaysia.

Namun bagi pasukan keselamatan memenangi hati rakyat bukan cabaran baru. Sejak zaman menentang komunis dan menghadapi konfrantasi Indonesia pasukan keselamatan Malaysia berjaya memikat hati mereka yang berkepentingan dengan cabaran musuh negara untuk meyakini dan menerima keikhlasan kerajaan.

Namun malangnya, sikap pembangkang yang amat gemar menangguk di air keruh, memulihkan semangat kesetiaan memakan masa. Amalan menabur politik membenci sudah jadi jenama politik pembangkang. Dalam keadaan cemas rakyat ini pembangkang masih cuba memainkan isu ini sebagai usaha keraaan untuk menebalkan kebencian terhadap pemimpin mereka.

Yang semakin jelas kini ialah di Filipina yang rugi dalam tragedi Lahad Datu ialah kem Arroyo Macapagal, Sultan Sulu dan juga Nur Misuari serta MNLFnya.

Sementara di Malaysia yang menerima tempelak politik ialah Pakatan Rakyat yang secara gopoh dan culas cuba menterjemahkan segala peristiwa dan musibah sebagai modal politik.

Anehnya, hanya PKR sahaja yang berasa terpukul dalam tragedi ini. PAS dan DAP nampaknya melihat dari jauh sahaja Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli cuba meraih simpati rakyat dengan mengatakan isu Lahad Datu digunakan oleh kerajaan untuk mencemarkan nama baik pemimpinnya.

Jika sindiran dan laporan media Filipina bahawa ada kaitan pembangkang Malaysia dengan pembangkang dan militan Filipina tidak benar, mengapakah PKR perlu gusar? Jika tidak ada-ada, takkan tempua bersarang rendah. Sekarang siapa yang untung dan siapa pula yang rugi?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana