Betapa bahayanya jika Malaysia dipimpin oleh orang yang tidak teliti dan Tabiat buruk PKR berterusan





Amat bahaya jika Malaysia dipimpin oleh orang yang tidak teliti dan mudah dikuasai oleh rasa hasadnya sendiri. Rafizi langsung tidak beradab untuk meminta maaf dan membuat pembetulan. Seperti Saifuddin, Rafizi juga hanya mendiamkan diri. Jika Rafizi benar seorang akauntan bertauliah tentu dia akan bersikap lebih rapi dan adil.

Beliau juga perlu insaf bahawa dalam daftar pemilih SPR ada ramai yang mempunyai nama yang sama. Cuba Rafizi teka mana satukah di antara ramai Rafizi di bawah ini adalah butir peribadi beliau.Tabiat buruk ini ditiru oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Anak muda yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini membuat pembohongan yang sama.

Beliau menuduh seorang penulis blog, Papagomo atau Wan Muhd Azri Wan Deris adalah pengundi hantu. Kononnya Papagomo disenaraikan di dua pusat mengundi iaitu di Wangsa Maju dan Ampang.Rafizi mendakwa nama Wan Muhd Azri Wan Deris dicabut daripada senarai daftar pemilih SPR. Ternyata dakwaan Rafizi itu satu pembohongan.

SPR tidak memelihara pengundi hantu dalam daftar pemilihnya. Yang SPR daftarkan adalah dua lelaki yang berbeza tetapi mempunyai nama yang sama dengan Papagomo atau Wan Muhd Wan Deris.Wan Muhd lahir pada 8 April 1983 sementara Wan Muhammad lahir pada 21 Januari 1983. Mungkin kerana semangat yang meluap hendak memburukkan nama baik dan wibawa SPR serta Papagomo, Rafizi tidak bersikap teliti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana