BL1M Kayakan Kroni : PKR Diberi Masa Tujuh Hari Tarik Balik Fitnah


KUALA LUMPUR 8 Mac – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar mengambil tindakan terhadap Ahli Majlis Pimpinan pusat parti itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chan Ling Kah berhubung kenyataan yang tidak  bertanggungjawab adun terbabit mengenai Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).

Mereka juga diberikan tempoh tujuh hari untuk menarik balik kenyataan berkenaan dan selepas tempoh terbabit pihak BL1M akan menyerahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Pengerusi  BL1M, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata pihaknya terpanggil untuk menjawab segala tohmahan berkenaan agar rakyat tidak dikelirukan dengan momokan fitnah serta kenyataan yang tidak bertanggungajwab itu.

“Secara keseluruhannya saya mewakili Pemuda Barisan Nasional (BN) memohon kepada PKR jika tidak mahu atau tidak tahu cara untuk membantu rakyat, janganlah cuba menyekat program yang bermanfaat ini.

“Percubaan untuk memberhentikan program ini dipandang serius seperti satu pengkhianatan kepada rakyat yang memerlukan lesen ini. Sekali lagi saya memohon supaya PKR menarik balik kenyataan fitnah ini dalam tempoh tujuh hari, selepas itu perkara ini akan kami serahkan kepada peguam kami,” katanya.

Tengku Azman yang juga Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO seterusnya menambah pelbagai perkara yang dibangkitkan oleh Adun berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

“Tuduhan bahawa institut memandu menangung kerugian dan syarikat MyEg mendapat keuntungan serta pemilihan syarikat tersebut yang dipertikaikan oleh Adun berkenaan adalah satu tohmahan semata-mata.

“Sebenarnya kami menawarkan kepada institut memandu yang berminat secara sukarela dan  bukannya paksaan. Setakat hari ini telah banyak institut-institut memandu  yang telah menyatakan persetujuan. Jika mereka menanggung kerugian  bagimana mereka boleh tampil untuk bersama dengan kami menjayakan program BL1M ini.

“Begitu juga tohmahan dengan pemilihan syarikat MyEg sebagai vendor yang kononnya ada kaitan dengan seseorang yang aktif dengan UMNO. Ingin saya tegaskan bahawa dalam proses pemilihan vendor, dua nama telah disenarai pendek iaitu Persatuan Institut memandu (PIMA) dan MyEg. Setelah meneliti kedua-dua kertas cadangan, kami dapati tawaran yang diberikan oleh MyEg lebih menguntungkan rakyat.

“MyEg juga bertanggungjawab mengendalikan program ini seperti promosi, pengiklanan, khidmat pelanggan, berurusan dengan institut memandu dan memastikan program ini berjaya.

“Lagi pun syarikat ini telah lama dan telah banyak melibatkan pelbagai urusan dengan proses seumpama ini. Justeru segala tohmahan yang diutarakan oleh pembangkang jelas hanya sekadar tohmahan semata-mata,“ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana