BN berpeluang tawan Kelantan...Insyallah


PASIR MAS 9 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam politik tanah air berkata, sokongan yang diberikan rakyat Kelantan kali ini lebih menyerlah berbanding ketika tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri."Nampak cerah, saya tidak pernah tengok sebegini ramai yang bersemangat hadir pada hari ini, cukup bersemangat, saya harap mereka akan memberi undi kepada BN, dulu ini tidak pernah berlaku.

"Saya berpendapat bahawa kali ini BN akan mendapat kemajuan (sokongan) yang lebih setelah 23 tahun, tiada satu pun pembangunan yang kita lihat Pas buat bangunan elok, yang ada pun didirikan oleh Kerajaan Pusat," katanya.Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dihadiri kira-kira 15,000 hadirin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Raja di sini hari ini.Yang turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan pemimpin-pemimpin BN Kelantan.

Terdahulu ketika berucap pada perhimpunan itu, Dr. Mahathir berkata, Kelantan adalah negeri yang paling istimewa di Malaysia memandangkan lebih 90 peratus rakyatnya adalah orang Islam.Bagaimanapun jelas beliau, rakyat Kelantan telah tersilap memilih pemimpin apabila menyerahkan kuasa kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memerintah negeri ini.Katanya, Nik Aziz bukan cuba membangunkan negeri ini sebaliknya menggunakan agama Islam untuk memecahkan perpaduan Melayu menyebabkan beliau hilang rasa hormat terhadap pemimpin itu."Nik Aziz ini, dulu saya ada hormat dia sikit, tapi sekarang saya sudah tidak hormat dia lagi. Kerana dia suka mencarut, dia berkata bahawa Tuhan mencarut, Tuhan kita tidak mencarut, yang mencarut ialah Nik Aziz.

"Kita tidak boleh merayakan hari jadi Nabi Muhammad SAW, sebab masa lahir baginda belum jadi nabi, masa umur 40 tahun baru jadi, tidak payahlah meraikan."Tetapi dia meraikan hari jadi, kenapa dia meraikan hari jadinya, adakah masa dia lahir selepas keluar daripada perut mak dia maka dia jadi Mursyidul Am Pas, bila dia dilahirkan buka sahaja mulut, saya Mursyidul Am Pas, sebab itu hari jadi dia mesti diraikan Karpal Singh (Pengerusi DAP)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana