BN Yakin Sokongan Luar Biasa Rakyat Selangor....Sudah Pasti Selangor milik BN...Insyallah

AMPANG 21 Mac - Barisan Nasional (BN) yakin dengan sokongan luar biasa yang diberikan rakyat negeri Selangor terhadap parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, sambutan yang memberangsangkan ini membangkitkan lagi semangat jentera BN Selangor untuk terus bekerja keras sebagai persiapan akhir merampas kembali .Negeri tersebut.

"Saya lihat bahawa semangat untuk memberikan keyakinan sekali lagi kepada rakyat di negeri Selangor memberi sokongan kepada BN Selangor pada kali ini nampaknya semangat amat luar biasa," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangunan UMNO Ampang di sini hari ini.


Menurutnya, BN Selangor telah memulakan gerak kerja bagi memperkuatkan jentera BN dalam PRU ke-13 yang akan tiba tidak lama lagi."Kita juga telah menjalankan pelbagai aktiviti dan daya usaha supaya meningkatkan ketelusan parti BN."Peningkatan ketelusan parti daripada segi kibaran bendera dan kita mengikut perundangan sedia ada. Saya telah menasihatkan keseluruhan jentera diperingkat BN menaikkan dan mengibarkan bendera didalam premis kawalan BN sahaja," katanya.

Beliau juga enggesa Kerajaan Negeri Selangor tidak menyalahgunakan kuasa dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). "Kita mintak pihak pembangkang, walaupun dia merupakan kerajaan negeri secara langsung dia juga merupakan kerajaan tempatan jadi jangan menyalah gunakan kuasa di peringkat PBT.
"Saya juga telah berpesan kepada jentera supaya kita mahu ia dijadikan sebagai kebangkitan didalam ketelusan parti bendera kita (supaya) ia diletakkan dikawasan persendirian dan bangunan kita, " katanya.

Dalam pada itu, Zin turut melahirkan rasa puas hati dengan persiapan jentera yang diberikan selepas mendengar taklimat di setiap kawasan di Negeri Selangor.

"Kami sudah memulakan lawatan untuk menyemak persiapan jentera BN diperingkat parlimen, Dewan Undangan Negeri, bahagian dan pusat daerah mengundi bertujuan mengukur sejauh mana persiapan jentera utama BN.

"Saya amat berpuas hati dengan keberhasilan dan dalam pemerhatian saya serta taklimat yang disampaikan kepada saya yang melibatkan di Parlimen Gombak dan  Ampang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana