BOHONG ADALAH JENAMA POLITIK PAKATAN RAKYAT..


Satu ciri kepemimpinan dan tabiat buruk ini membayangkan seolah-olah bohong ialah subjek utama dalam kurikulum politik mereka.

1.Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pernah menuduh bahawa Timbalan (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli Umno. (kad pengenalan)Tujuan.. jika benar Timbalan Pengerusi SPR ialah ahli Umno maka tidak mungkin SPR akan berlaku adil ketika mengendalikan pilihan raya. Kesalahan beliau menggunakan identiti orang lain untuk memburukkan kredibiliti SPR amat kurang bertamadun

2. Tabiat buruk ini ditiru oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. membuat pembohongan yang sama. Beliau menuduh seorang penulis blog, Papagomo atau Wan Muhd Azri Wan Deris adalah pengundi hantu. Kononnya Papagomo disenaraikan di dua pusat mengundi iaitu di Wangsa Maju dan Ampang.

3. Pemimpin PAS juga tidak terkecuali dari sikap berbohong.EX Menteri Besar Perak, Datuk Nizar Jamaluddin mendakwa kerajaan sudah berbuat aniaya pada keluarga dan waris mangsa buruh paksa landasan maut di Burma dalam Perang Dunia Kedua. Ternyata kemudian dokumen yang digunakannya itu adalah palsu.

4. Datuk Mahfuz Omar. Dengan menayangkan surat arahan kononnya drp ibupejabat JPN kepada semua Pejabat Pendaftaran negeri, Mahfuz mendakwa kad-kad pengenalan siap tetapi tidak dituntut dihantar ke pejabat Jabatan Pendaftaran Keningau di Sabah. Beliau mendakwa ini mungkin ialah satu lagi skim pengundi hantu di Sabah. Kad-kad pengenalan ini dikatakan akan diberi kepada warga asing kononnya supaya mereka boleh mengundi dalam pilihan raya umum dan memilih Barisan Nasional (BN). Apabila pegawai Jabatan Pendaftaran membuat laporan polis bahawa apa yang ditayangkan oleh Mahfuz itu adalah surat palsu, beliau hanya berdiam dan tidak berani menimbulkan isu itu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana