Bubar DUN: Khalid ubah fikiran lagi...Dah Bebal Nampaknya


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sekali lagi mengubah nada bersabit tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.Kali ini beliau berkata pembubaran DUN Selangor hanya akan ditentukan selepas Parlimen dibubar."Tarikh pembubaran itu akan berlaku jika Kerajaan Persekutuan umumkan pembubaran, kalau Kerajaan Persekutuan bubar parlimen esok, jadi kerajaan negeri akan bincang untuk buat keputusan sama ada bersama Kerajaan Persekutuan atau tidak," katanya selepas merasmikan Seminar of New Approaches on Development on Affordable Homes by Using Pre Fabricated (IBS) Concept in Selangor, pagi tadi.

Khalid sebelum ini berkata pihaknya sudah pun mempunyai tarikh yang sesuai untuk membubarkan DUN Selangor.Namun beliau tidak mengulas lanjut dan masih berteka-teki bilakah pembubaran itu akan dilakukan.Terdahulu, ADUN Ijok itu memberitahu DUN akan dibubarkan selepas sambutan perayaan Chap Goh Meh, walaupun tanpa persetujuan daripada Putrajaya.Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Azmin Ali mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai tarikh itu walaupun itu adalah bidang kuasanya.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin juga berkata beliau dan parti masih belum dimaklumkan berhubung perkara itu.Mengulas perkata itu, Khalid berkata perbincangan sentiasa diadakan sehinggalah pihaknya bersetuju untuk membubarkan DUN."Perbincangan sentiasa ada, strategi untuk menentukan pilihanraya bila tidak ditetapkan, sehingga kita setuju untuk membubarkan DUN Selangor," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana