Cakap Lim Kit Siang Tak Boleh Dipakai...Hanyalah Wayang semata Mata Saja

PRU13: PR janji agih kuasa pusat jika menang....


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat akan mengagihkan kuasa pusat dengan hasrat untuk mengembalikan semangat Perlembagaan Malaysia jika menang pilihan raya umum nanti, kata veteran DAP Lim Kit Siang.
Dalam entri terbaru blognya, beliau berkata Pakatan akan menarik semula kuasa Eksekutif, di mana Parlimen telah dianggap sebagai sebuah institusi yang terhutang budi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), dakwa beliau.Lim menambah, kebebasan Parlimen adalah konsep yang diterima dan diamalkan oleh semua demokrasi berparlimen.

Beliau berkata lagi Pakatan akan melantik Speaker Dewan Rakyat bebas yang tidak terhutang budi kepada Eksekutif dan akan menyemak semula Perintah Tetap bagi membolehkan peranan dimainkan oleh ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.Katanya, tiada lagi peruntukan untuk memberi kuasa kepada menteri selaras dengan konsep pemisahan kuasa.Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga berkata rang undang-undang akan diserahkan dua minggu lebih awal untuk dibentangkan bagi membolehkan pengubal undang-undang meneliti dan mendapatkan maklum balas awam tentang undang-undang yang dicadangkan.

Lim juga berjanji untuk mengantikan Akta Rahsia Rasmi dengan Akta Kebebasan Maklumat yang telah diluluskan di Selangor untuk mewujudkan sistem kerajaan telus dan bertanggungjawab.Sebuah Mahkamah Perlembagaan juga akan ditubuhkan untuk menyelesaikan pertikaian yang bercanggah dengan undang-undang di negara ini, katanya.Institusi utama di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah Perundangan (Parlimen), Eksekutif (Kerajaan Persekutuan) dan Badan Kehakiman (Mahkamah).

"Cadangan-cadangan ini, apabila dilaksanakan, akan memansuhkan pemusatan kuasa di tangan cawangan Eksekutif," kata beliau.

Jangan nak memperbodohkan rakyat lah...wahai Lim Kit Siang pada rakyat Malaysia.Dengan janji mulut untuk sedap didengar boleh lah...Penipuan dan pembohongan untuk memancing undi...kononya.Porahhhh lah

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana