Chandra: Kit Siang bohong


SHAH ALAM: Penganalisis politik Dr Chandra Muzafar hari ini membidas DAP kerana menyebarkan dakyah kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini memegang jawatan tertinggi itu secara haram.

Penasihat DAP Lim Kit Siang semalam mendakwa mulai hari ini (9 Mac), Najib memegang jawatan itu secara tidak sah.

“Hari ini pun satu tarikh yang penting..9 Mac, kenapa hari ini mustahak? Oleh kerana bermula hari ini, kita ada seorang Perdana Menteri yang tidak sah di Malaysia,”  kata Kit Siang di majlis sambutan lima tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor semalam. Chandra berkata dalil yang digunakan oleh Kit Siang itu satu fitnah kerana penggal kerajaan Barisan Nasional hanya berakhir pada bulan depan.

“Kenyataan Lim Kit Siang bahawa 8 Mac 2013 adalah tarikh tamat tempoh riwayat Parlimen yang ke 12 tidak benar kerana mengikut peraturan Parlimen, Parlimen punya tempoh riwayatnya hanya akan tamat pada 28 April berdasarkan permulaan sesi Parlimen," kata Chandra kepada Antarapos.

Pilihan Raya Umum ke 12 diadakan pada 8 Mac 2008 manakala Parlimen hanya mula bersidang pada bulan seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana