DAP biadab hina masyarakat India...Kaum India Rakyat Malaysia Jugak...Inilah Cara DAP


KUALA LUMPUR 7 Mac - Kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta 'arak' dianggap sebagai sangat menghina dan menjijikkan.

Bekas Ketua Cawangan Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, sebagai pemimpin sebuah parti yang kononnya membela nasib semua kaum, Koo Ham tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang ajar tersebut.

"Mengapa beliau 'menuduh' kami dengan begitu keji? Adakah harga maruah kami hanya dengan sogokan sari dan todi? Mungkin Koo Ham tidak senang duduk melihat sokongan India berkurangan di kawasannya sehingga terdesak mengeluarkan kenyataan sebegitu hina.

"DAP sudah semakin melampau. Ini juga bukan pertama kali mereka membuat kenyataan seperti ini. Masyarakat India perlu mengajar pemimpin biadab seperti ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana