DAP enggan layan syarat PKR Pahang...Diluar Saja Baik Didalam Hampess


SHAH ALAM: DAP hari ini menegaskan tidak akan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari dan Tanah Rata kepada PKR Pahang walaupun rakan kompenannya itu memberi laluan kepada mereka untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Bentong (milik PKR).
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata jika PKR Pahang tetap mahukan pertukaran dua kerusi DUN milik DAP itu, mereka perlu mendapatkan persetujuan daripada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.Pimpinan PKR Pahang semalam selepas mesyuarat khas bagi membincangkan isu pengagihan kerusi memberitahu, pihaknya bersetuju untuk menyerahkan Parlimen Bentong kepada DAP hanya selepas parti dominasi Cina itu bersetuju untuk menukarkannya dengan DUN Ketari dan Tanah Rata.

Kelmarin, DAP pada sidang medianya di Cheras mengumumkan akan meletakkan calon mereka, Wong Tack di kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.  "Tidak betullah...tidak betullah, itu keputusan mereka, kalau mereka hendak juga (kerusi tersebut DUN Ketari dan Tanah Rata), mereka perlu tanya pusat," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Anthony dalam pada itu berkata akan terus kekal dengan keputusan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah yang mahu pertahankan kerusi turun-temurun milik DAP itu.Loke menambah pihaknya tidak akan melayan permintaan PKR Pahang dan membawa isu itu untuk dibincangkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan keputusan terakhir.

"Itu PKR Pahang punya kenyataan tapi kita sudah ada keputusan dengan pimpinan pusat. Kita akan bincang di peringkat pusat," katanya.Selasa lalu, Wong Tack yang juga Pengerusi Himpunan Hijau mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bentong.Pengumuman itu sekaligus menzahirkan cubaan parti dominasi Cina itu untuk menjadikan isu Lynas sebagai kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata kerusi tersebut telah mendapat persetujuan parti dan Persatuan Perhimpunan Hijau Lynas juga bersedia memberi laluan kepada Wong Tack untuk bertanding pada PRU yang akan diadakan beberapa minggu dari sekarang.

Untuk rekod, pada PRU12, kerusi Parlimen Bentong itu sebenarnya milik PKR, Ponusamy Govindasamy yang turut kecewa dengan keputusan parti dan bertegas akan mengambil tindakan untuk bertanding di atas tiket bebas pada PRU13.

Ponusamny Govindasamy telah kalah kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai merupakan Menteri Kesihatan Malaysia dengan majoriti sebanyak 12,549 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana