DAP mahu guna simbol PAS, PKR: Karpal...PAS bagi Ker..Jeng Jeng


GEORGE TOWN: Selepas Penasihat DAP Lim Kit Siang menyatakan hasrat untuk bertanding atas logo PAS atau PKR jika parti itu diharamkan, kini giliran pengerusinya Karpal Singh menyuarakan pandangan yang sama.Beliau berkata langkah itu diambil sebagai persediaan sekiranya parti itu dibatalkan sebelum hari penamaan ekoran wujud dakwaan penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang kini sedang disiasat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Ini adalah punca kebimbangan DAP dan kita akan berada dalam situasi kucar-kacir kerana kita tidak boleh menggunakan simbol parti kita untuk bertanding dalam pilihan raya umum kerana disebabkan penangguhan siasatan (ROS)," kata Karpal dalam satu kenyataan.Beliau berkata DAP akan memberi sepenuh kerjasama kepada ROS dalam siasatan berkaitan dakwaan tersebut.Walau bagaimanapun, beliau menegaskan agar siasatan itu dilakukan dengan telus.

"Setiap usaha perlu dilakukan oleh ROS untuk memastikan parti dibenarkan menggunakan simbol (parti) pada pilihan raya umum nanti."Pada pemilihan parti itu, semula lapan calon Melayu gagal mendapat kerusi dalam jawatankuasa eksekutif pusat DAP termasuk Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Gun Eng Zairil Johari.Bagaimanapun tiga minggu kemudian, DAP mengumumkan keputusan pemilihan itu terpaksa dipinda kerana kesalahan dalam menghitung kertas undi.

Zairil kemudian diisythiarkan menang dalam pemilihan itu, sekali gus mencetuskan kritikan di dalam dan luar DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana