Demo 'Anwar dalang Lahad Datu'


 KUALA LUMPUR: Lebih 200 orang menyertai demostrasi 'Anwar Dalang Lahad Datu' di hadapan Masjid Negara, petang ini.Kesemua mereka hadir bagi mendesak agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat sama ada Ketua Pembangkang itu terlibat atau tidak dalam insiden pencerobohan bersenjata tentera Sulu di Sabah.

Mereka juga turut menyatakan bantahan terhadap kenyataan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan itu adalah 'sandiwara' Umno.

Demostrasi yang dianjurkan bersama gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Tibai, Jati dan Perkasa itu diadakan selepas solat Jumaat.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya menggesa kerajaan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) secepat mungkin bagi menyiasat siapa dalang sebenar pencerobohan itu.

"Kerajaan mesti tubuh RCI atau kertas putih bagi menentukan kebenaran."Kita tidak mahu tuduh sewenang-wenangnya. Ini adalah himpunan kedaulatan rakyat Malaysia," katanya sambil disahut orang ramai.
Turut hadir Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali, Mursyidul Am Tibai Zahid Mat Arip, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin.

Portal berita Filipina 'Inquirer News' sebelum ini mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah membuat pertemuan bersama pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan itu.

Pemimpin utama pembangkang itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Selain Inquirer News, pada 14 Februari lalu, agensi antarabangsa, The Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata itu berlaku ke atas jemputan pembangkang di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana