Dihujani peluru, rakan rebah depan mata


IPOH 28 Mac - Dihujani peluru musuh, melihat rakan setugas rebah dan menghembuskan nafas terakhir di depan mata.Itulah pengalaman cemas dan pahit yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila oleh tiga anggota komando VAT 69 yang cedera parah semasa bertempur dengan kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lalu.

Pengalaman itu diceritakan semula oleh Koperal Azman Ampong, 39; Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, 32; dan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zulkifli, 22, semasa diraikan sebagai wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Negeri Perak dalam satu majlis di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana