Gambar Ceramah PKR Tiada Sambutan Di Kedah...Tamparan Hebat Buat PR..Tandanya Jatuh Lah Tu


ALOR SETAR 2 Mac - Pembangkang di Kedah kelihatan semakin ditinggalkan penyokongnya apabila sambutan untuk majlis-majlis ceramah mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin dingin, termasuk ceramah yang diadakan di Taman Saga, dekat sini malam tadi.

Kehadiran lima penceramah termasuk Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh ternyata masih belum mampu menarik minat orang ramai apabila hanya kira-kira 60 orang sahaja menghadiri ceramah tersebut.

Dalam ceramah hampir tiga jam itu, mereka cuba menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah seburuk-buruk kerajaan termasuk tuduhan rasuah dan amalan kronisne yang kononnya tidak berlaku dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang.

Dr. Ismail umpamanya, mendakwa negeri di bawah pakatan pembangkang lebih cekap diurus tadbir berbanding semasa di bawah kerajaan BN.

Namun beliau yang juga Exco kerajaan negeri tidak pula menggunakan pentas ceramah itu untuk menjelaskan isu status kewangan Kedah yang didakwa menanggung beban hutang mencecah RM3 bilion iaitu tertinggi sejak pakatan pembangkang menerajui negeri ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana