Gambar homoseks: Anwar saman RM100 juta...Papagomo kata lawan tetap lawan


Isu aksi homoseks yang disiar di blog http://rajagoyang360.blogspot.com sejak pagi Sabtu lalu menjadi makin panas Selasa bila Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menfailkan saman RM100 juta terhadap blogger Papagomo yang didakwanya memuatkan gambar-gambar palsu untuk mengaitkan dirinya dengan skandal itu.

Peguam Anwar N.Surendan yang juga Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan menuntut Papagomo menarik balik dakwaan dan meminta maaf dalam  tempoh 24 jam dan membayar gantirugi RM100 juta.

Kata Surendran gambar-gambar di blog berkenaan adalah palsu dan ia satu cubaan musuh-musuh Anwar untuk cemarkan imejnya menjelang pilihanraya umum ke 13.

Anwar yang ditanya wartawan mengenainya selepas satu majlis petang Sabtu lalu,dakwa ia satu fitnah jijik UMNO menjelang pilihanraya.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan pula telah menafikan sebarang kaitan UMNO dalam isu berkenaan.

Sementara itu usaha Agendadaily untuk mendapat reaksi segera dari Papagomo mengenai tindakan undang-undang Anwar ini berjaya.

Blogger yang terkenal dengan kisah-kisah panas itu menafikan dia yang memuatkan gambar-gambar di blog itu.

"Saya cuma link blog Rajagoyang pada blog saya tapi sendiri tidak kenal siapa orangnya yang kendali blog berkenaan,"katanya.

Katanya dia mendapat tahu mengenai kisah panas di blog itu menerusi rakan-rakan.

"Apapun lawan tetap lawan.Saya memang sudah lama tunggu saman dari Anwar.Lama sangat kata nak saman tapi baru hari ini saman sekalipun saya bukan blogger Rajagoyang,"tegasnya.

Kata Papagomo lagi menurut firasatnya jika gambar itu sudah panas semestinya video penuh lebih gempar."Kita boleh agak-agak begitulah,"katanya.

Dia menambah," saya rasa elok Anwar undur sebelum video penuh itu keluar.".

Papagomo berpendapat isu utama di sini sepatutnya ialah bukan siapa identiti Rajagoyang tetapi 'betul ke tidak betul lelaki dalam gambar itu Anwar'.

Katanya dakwaan dalam blog Rajagoyang adalah serius kerana ia melibatkan seorang tokoh utama pembangkang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri.

"Sudah pasti Anwar kena bersihkan namanya menerusi satu bentuk siasatan yang rasmi...mana boleh senang-senang nafi begitu," ujarnya.

Katanya adalah mudah bagi sesiapa saja yang dituduh membuat penafian.

Baginya kebenaran harus dipastikan tentang identiti lelaki dalam gambar-gambar itu agar tidak ada keraguan pada semua pihak.

Serentak dengan itu Papagomo mempersoalkan kenapa Anwar sampai hari ini tidak berani saman Datuk Sharzly Eskay Abdullah yang mendedahkan isu dakwaan video seks dengan China Doll yang disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar luar negara.

Katanya dia hanya link sahaja sebuah blog ke blognya sedangkan Eskay ialah batang tubuh yang secara terbuka mendakwa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Eskay sendiri sudah iystihar beliau sedia disaman oleh Anwar.

Malah Eskay sudah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur semasa kehangatan isu itu untuk menunjukkan beliau cakap benar.

Sementara itu Papagomo nampak macam sudah set untuk berentap sakan dengan Anwar.

Tidak lama selepas tersebar berita Anwar hendak samannya,blogger itu terus naikkan posting baru di blognya dibawah tajuk : Saman Homoseksual RM100 juta-Permohonan Maaf Papa Gomo kepada Anwar Ibrahim.

Dalam tulisan itu dia memberi kata dua kepada Ketua Pembangkang itu supaya menarik balik samannya dalam tempoh 48 jam mulai jam 4 petang Selasa.

Katanya jika tidak dia tidak teragak-agak akan mendedahkan lebih banyak video untuk tatapan umum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana