GAMBAR MAJLIS MERAIKAN KEPULANGAN PARA WIRA PDRM 'OP DAULAT'


IPOH - 27 Mac 2013 jam 9.00 malam bertempat di Kediaman Y.A.B Menteri Besar Perak telah berlangsungnya Majlis Meraikan Para Wira PDRM 'Op Daulat' Peringkat Negeri Perak yang terdiri daripada 174 orang Pegawai dan anggota VAT 69 Komando serta 60 orang pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas Kontinjen Perak.
Majlis yang penuh bermakna ini adalah anjuran yang sangat signifikan atas keprihatinan Y.A.B Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan seluruh Kerajaan Perak terhadap perjuangan warga keselamatan yang menunjukkan semangat juang yang tinggi dan sumpah taat setia yang tidak berbelah bagi dalam mempertahankan dan mengekalkan kedaulatan tanah air tercinta.
Tidak dilupakan pengorbanan isteri dan anak-anak wira pejuang yang ditinggalkan dalam keadaan resah gelisah sepanjang tempoh ketiadaan suami-suami di sisi menemani. Kebahagiaan keluarga dikorbankan dalam perjuangan terhadap nusa dan bangsa
Di majlis ini juga Kopral 118583 Mustafa Kamal bin Mohamed Hashim daripada Batalion 1 PGA, Ulu Kinta telah mendeklamasikan sajak yang menyentuh dan meruntun hati pendengar-pendengar yang hadir di majlis tersebut.
Bersempena majlis ini juga Y.A.B Menteri Besar Perak telah menyampaikan sumbangan cek sebanyak RM300,000.00 kepada YDH DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak. Cek tersebut adalah sumbangan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk Tabung Op Daulat

Laman kediaman Y.A.B Menteri Besar Perak telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu seramai 1,000 orang yang terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dan isteri, barisan EXCO DUN dan isteri, Ketua-ketua Jabatan PDRM Kontinjen Perak dan isteri, pegawai-pegawai kanan, anggota warga keselamatan Negeri Perak, Angkatan Tentera Malaysia, anggota RELA serta ahli-ahli keluarga wira-wira yang diraikan.












Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana