Gambar Meriahnya pengumumam PM untuk kakitangan badan berkanun Mac 25 2013


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan empat perkara yang bakal dinikmati kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan di bawah tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) tidak lama lagi.Ia melibatkan penubuhan Dana Pencen bagi kakitangan di bawah BBDS, pemberian imbuhan tetap perumahan, pemberian bayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)majikan mengikut tempoh perkhidmatan."Setelah kita (kerajaan) kaji perkara-perkara yang dituntut, maka dalam majlis yang cukup bersemangat dan luar biasa ini kerajaan bersetuju menubuhkan Dana Pencen bagi BBDS.

"Pelaksanaan Dana Pencen ini ialah melalui jumlah potongan caruman KWSP dibahagi kepada dua - separuh dimasukkan ke dalam caruman KWSP dan separuh lagi dicarum kepada Dana Pencen - Bila bersara nanti akan dapat keluarkan caruman KWSP dan dapat juga pencen," katanya, lapor Bernama.

Pengumuman Najib disambut tepukan gemuruh kira-kira 8,000 pegawai dan kakitangan yang hadir pada Perhimpunan Perdana BBDS bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tujuh agensi di bawah BBDS ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat).

Mengenai penyelarasan sumbangan majikan kepada caruman KWSP, Najib berkata: "Semakin lama pekerja berkhidmat, maka semakin tinggi caruman KWSP majikan kepadanya."

Pengumuman itu selaras dengan empat tuntutan sama yang diperjuangkan BBDS sejak 2009 dan hasil perjumpaan mereka dengan Najib di Putrajaya pada 22 Februari lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana