Gambar....Artis Menyokong Anjur Malam Nurani Rakyat Untuk Tabung Lahad Datu


KUALA LUMPUR 21 Mac - Malam Nurani Rakyat anjuran Persatuan Seniman Malaysia bakal diadakan di lima lokasi di Selangor bermula Sabtu ini hingga 7 April khusus bagi mengumpul dana untuk mengisi Tabung Lahad Datu, Sabah.

Presiden Seniman, Zed Zaidi atau nama sebenar, Rozaidi Abdul Jamil berkata lima lokasi terbabit bermula di Taman Datuk Harun pada 24 Mac, Subang (30 Mac), Kelang (31 Mac), Ampang (6 April) dan berakhir di Kota Raya pada 7 April.

Malam Nurani Rakyat berbentuk konsert mini akan membariskan 15 artis terkenal di setiap lokasi dan persembahan berbentuk nyanyian, sketsa serta persembahan puisi.

"Seniman akan menggunakan kekuatan setiap artisnya untuk menarik perhatian orang ramai, antaranya Adira (AF7), Adam (AF2), Ifa Raziah, Ani Mayuni, Nas Adila, Shahiziey Sam dan Aziz Satar akan hadir di lokasi terpilih bagi menjayakan konsert ini," katanya.

Sambil berhibur orang ramai boleh menderma kepada tabung terbabit dan menyasarkan jumlah kutipan sehingga RM10,000 di kesemua lokasi itu, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana