Gempar!!! PRU13: Asri jumpa Najib hari ini


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengumumkan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dipercayai untuk 'memujuk' tokoh agama itu mewakili Umno-Barisan Nasional (BN).
 Selain Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dikatakan akan turut serta dalam pertemuan itu.Semalam Asri berkata beliau tidak akan bertanding dalam PRU13 sekali gus mengakhiri spekulasi banyak pihak.

Beliau sebelum ini ada disebut-sebut akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat. Selain itu Umno juga dilapor pernah cuba untuk memikat beliau.Menurut sumber Antarapos, kemungkinan Asri berkata demikian untuk meredakan suasana di samping mengelak dari lebih banyak tekanan."Mungkin ia strategi tapi kita tidak tahu perkara sebenar. Esok malam dia (Asri) jumpa PM dan KJ (Khairy Jamaluddin)," katanya.

Bagaimanapun lokasi dan masa pertemuan itu dirahsiakan.Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia mengakui pernah ditemui oleh pemimpin kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat.Mereka termasuklah Najib dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sehubungan itu kata Asri, beliau mahu memainkan peranan sebagai golongan pemikir yang dapat menegur kerajaan yang memerintah.

Beliau merupakan antara tokoh agama yang disebut-sebut akan bertanding pada PRU13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana