Gendang PRU13 Sudah Dipalu -Kebangkitan Rakyat Menyokong BN sudah Bermula...


PEKAN 2 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula "memalu" gendang pilihan raya umum ke-13 apabila melancarkan jentera Barisan Nasional Parlimen Pekan.Ketika melancarkan majlis yang dihadiri hampir 5,000 orang itu, Najib yang merupakan Pengerusi BN berkata, 'gendang perang' sudah dipalu dan semua pihak mesti mengatur langkah sebagai pendekar."Kita tunggu isyarat, lepas tu kita turun ke medan juang, selagi belum capai kemenangan besar, jangan kita undur walaupun seinci," katanya,lapor Bernama.

Perdana Menteri berkata, semua jentera BN perlu bersiap sepenuhnya untuk menghadapi PRU-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sekali gus memberikan kemenangan lebih besar berbanding pada pilihan raya umum ke-12."Apabila Parlimen dibubarkan nanti, kita pastikan jentera bergerak licin dan lancar, gerak kerja mesti ikut haluan tak kira siapa jadi calon, siapa jadi calon kita akan sokong," katanya.

Najib juga mahu jentera BN memastikan setiap penyokong menunaikan tanggungjawab untuk mengundi termasuk mereka yang berada di luar kawasan. Beliau yakin rakyat akan bijak memilih kerajaan BN yang ternyata sudah melaksanakan pelbagai program transformasi bagi membela kesejahteraan rakyat menerusi pelbagai bantuan dan program pembangunan."Mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lagi besar (sambil disahut sorakan "mahu!" oleh hadirin), adakah kita ini lembu atau ayam (sambil disahut "tidak!" oleh hadirin), kita adalah manusia yang perlu ditolong dan kita perlu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pemimpin," katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan memuji barisan jentera BN Pekan yang disifatkannya bersemangat dan terlatih dalam memastikan kawasan itu terus menjadi kubu kuat BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana