Hajat Mat Sabu Tanding Di Kerusi Selamat Bakal Jadi Kenyataan


PETALING JAYA: Hajat Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk disenaraikan sebagai calon di kerusi selamat bakal menjadi kenyataan apabila beliau dipilih untuk bertanding di kubu kuat parti itu di Pendang.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilaporkan telah mengintai kerusi selamat sama ada di Kedah atau Kelantan.

Menurut sumber, Mat Sabtu tidak berminat untuk bertanding di Pulau Pinang walaupun berasal dari negeri itu kerana PAS tidak mempunyai pengaruh kuat dalam negeri yang diperintah DAP itu.

Yang Dipertua PAS Pendang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul mengesahkan bahawa mereka telah mencalonkan Mat Sabu dan dua yang lain untuk bertanding di kerusi parlimen Pendang."Kami mempunyai 15,000 ahli dan masih mengekalkan rekod di kawasan itu dengan bilangan ahli PAS yang tertinggi. Namun, ia tidak semestinya menjamin kemenangan kami," katanya.

Jangan ingat dengan Ahli PAS 15 ribu orang dikawasan pendang tiba tiba boleh memangkah BN nanti.Tidak mustahil benda ini boleh berlaku...Ingat mahu selamat Keluar mulut Harimau Masuk mulut Buaya.Dengan Isu khalimah ALLAH orang melayu sudah mula membuka Mata siapa PAS yang sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana