Hello...Tian Chua ini pun konspirasi UMNO ke?


Dengar cerita ramai orang yang menyinga tengok cara puak pembangkang cuba spin ikut suka hati mereka peristiwa Lahad Datu termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa ia konspirasi terancang UMNO.Malah ada yang cakap seolah mereka 'professor serba tahu' bab keselamatan hingga mempersoalkan kenapa ada yang terkorban dalam insiden pagi Jumaat itu.

Nak kata mengarut memang mengarut puak ini sampai cuba dakwa ia satu konspirasi politik.Cakap bukan main,cuba Tian Chua bagi bukti konspirasi UMNO cara mana dan apa tujuannya.Di laman facebook dan twitter ramai yang kutuk dan balon Tian Chua kerana membuat dakwaan itu dalam Keadilan daily.Bagi mereka kalau nak main politik cari hal lain dan tidak payah nak meroyan sampai begitu sekali.Bukankah dalam keadaan pertempuran bersenjata apa saja boleh berlaku.Kalau nak diambil kira kerajaan sudah berlembut berunding sejak pencerobohan berlaku semata-mata hendak mengelak pertumpahan darah.


Pendirian ini sudah dinyatakan Najib sejak awal lagi semasa berlaku pencerobohan ini.Namun setelah berdepan dengan serangan,pasukan keselamatan terpaksa bertindak balas.Ikut sumber jika kerajaan nak bertegas serang terus kumpulan penceroboh ini ia bila-bila masa boleh dilakukan sebelum ini.Pasukan bersenjata Malaysia,polis dan tentera memang cukup kekuatan untuk bereskan 'standoff' ini dengan sekelip mata.Namun pertimbangan kemanusiaan diambil lebih-lebih lagi mengenangkan penceroboh berkenaan adalah rakan seagama Islam dan sebagainya.

Ikut ceritanya ada kalangan mereka sudah tua.Dalam pada itu kekuatan persenjataan mereka dikatakan tidak banyak.Jumlah sekitar 200 orang penceroboh itu dikira boleh dikawal dengan kepungan ketat sementara rundingan berterusan dibuat.Juga seperti Perdana Menteri apa yang berlaku pagi Jumaat adalah diluar dugaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana