Hindraf jumpa PM esok bincang 'blueprint'


SHAH ALAM: Kepimpinan Hindraf dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok untuk membincangkan mengenai pelan rancangan lima tahun Hindraf.Penasihat Hindraf N Ganesan memberitahu Malaysiakini bahawa Pengerusi P Waythamoorthy telah menerima surat jemputan dari Perdana Menteri pada 22 Mac lalu untuk berbincang mengenai 'blueprint' masyarakat India itu.

"Perkara ini telah dibincangkan dan kepimpinan Hindraf telah membuat keputusan untuk menerima jemputan itu,' kata Ganesan.Mesyuarat itu dijadualkan berlangsung esok pada jam 12 tengahari di Pejabat Perdana Menteri.Waythamoorthy sebelum ini bertindak mogok lapar selepas dikatakan kecewa dengan respon yang diberikan kerajaan dan pakatan pembangkang mengenai pelan tindakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

Manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat yang diumumkan 25 Februari lalu, juga disifatkan sebagai mengecewakan kerana didakwa gagal menyentuh perkara-perkara yang dibangkitkan tentang kepentingan kaum itu.

Namun Anwar dalam kenyataannya tidak memberi sebarang jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan melaksanakan tuntutan Hindraf sebaliknya menggesa pertubuhan itu menunggu selepas 100 hari selepas Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana