HOT NEWS !!! CHUA JUI MENG AKAN LETAK JAWATAN DALAM MASA TERDEKAT ???


Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar Nanyang Siang Pau berkemungkinan besar Chua Jui Meng akan bertindak meletakkan jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes dan jika ia menjadi kenyataan,buruk kesannya terhadap prestasi PR kelak.Pada perkiraan Anwar,tindakannya menyebelahi Lim Kit Siang dengan mengabaikan kehendak Chua Jui Meng mungkin dirasakan betul sementelah lagi kedudukan PKR di Johor jauh lebih lemah berbanding DAP.Pengerusi DAP Johor,

Dr Boo Cheng Hau pastinya paling bergembira dengan keputusan yang menyebelahi DAP memandang sebelum ini Cheng Hau sudah acap kali bertelagah dengan Chua Jui Meng yang dianggapnya sebagai pengacau dan pernah mensabotaj kekuatan DAP di Johor.Berikutan pertelingkahan itu,Cheng Hau telah meminta campur tangan pemimpin tertinggi DAP yang dipercayai membawa kepada pengumuman rasmi daripada Anwar yang mengesahkan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah.Setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari PKR berhubung peletakan jawatan Chua Jui Meng,tapi dilihat pada tanda-tanda yang menjurus ke arah itu,tidak mustahil PRU 13 yang berbaki sedikit masa lagi bakal menyaksikan PKR tampil dalam keadaan agak tempang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana