Ibu Pejabat PKR dibaling telur, batu dan kayu...Ini Boleh Dikatakan Sandiwara PKR Jugak?


PETALING JAYA: Ibu Pejabat PKR dibaling telur, batu dan kayu oleh sekumpulan samseng, kata Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman.“Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur. Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung PKR (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah,” katanya  yang dipetik daripada portal Keadilan Daily.

Syed Badli berkata Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Pesuruhjaya TIBAI Wilayah Persekutuan dan Selangor, Wan Indra Putra Ahmad turut menyertai kumpulan itu.Syed Badli juga berkata, kumpulan itu bertindak sedemikian bagi membantah kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah adalah sandiwara Umno.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, sekurang-kurangnya seorang pengawal keselamatan cedera apabila terkena balingan kayu bendera yang dipatahkan kumpulan tersebut.

Sesiapa saja boleh upah buat semuanya ini...Apa nak hairankan dekat dekat PRU 13 ni untuk mendapatkan simpati rakyat.... ini caranya yang ada pada PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana