Inilah Luahan Perdana Menteri Kepada Rakyatnya...Tentang PErihal Pembangkang Di Malaysia....


Datuk Seri Najib Tun Razak hairan dengan sikap pembangkang di negara ini yang sanggup mempolitikkan isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah yang menyebabkan lapan anggota polis terkorban.

Perdana Menteri berkata, ini berbeza dengan di Amerika Syarikat apabila dua parti iaitu Demokrat dan Republikan walaupun berbeza dari segi ideologi politik tetapi akan bersatu jika timbul isu keselamatan negara dan tidak mempertikaikan sebarang usaha membabitkan soal keselamatan negara itu.Menurutnya, pembangkang di negara ini pula sanggup mempolitikkan isu keselamatan dengan menuduh insiden pencerobohan Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.

"Kalau ada orang kata bahawa semua ini sandiwara dan lakonan kita, saya percaya mustahil bagi kita. Cuba kita fikir sejenak, bolehkah kita cari pelakon-pelakon yang sanggup mati dalam lakonan tersebut. Adakah orang yang secara sukarela nak jadi pelakon dalam adegan yang boleh membawa maut?

"Sebab itulah apabila ada tuduhan sedemikian bererti pasukan keselamatan (polis dan tentera) terpaksa berlakon untuk menjayakan sandiwara yang dituduh oleh seorang pembangkang.

"Saya percaya tidak ada seorang pun anggota keselamatan yang sanggup bersandiwara kerana kita tidak pernah mengarah mereka untuk bersandiwara. Kita cuma arah mereka untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara,"Najib menegaskan, isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dijadikan medan pertarungan politik kerana ia terlalu mahal untuk 'dijual'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana