Inilah Orangnya Gunting Dalam Lipatan Ketika Dahulu...


Jenis jenis yang tak tahu bersyukur dengan apa yang dikecapi selama ini...Sanggup memperlekehkan Usaha kerajaan.Selama ini kerja dengan ATM niatnya tidaklah Iklas dan patuh kepada Kerajaan.Sepatutunya kerajaan perlu berhati hati dengan kakitangan awam yang banyak menyokong parti pembangkang...inilah yang banyak bocor maklumat pada pihak pembangkang..orang dalam sendiri...lihat ucapan Bekas Tim Tentera ini.....

Fokus perisikan tersasar, kata bekas jeneral

PETALING JAYA: Kegagalan pasukan perisikan negara mengesan kemasukan penceroboh Selatan Filipina di Lahad Datu menyebabkan anggota keselamatan negara terkorban, kata bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Abdul Ghafir berkata insiden pencerobohan di Sabah dapat dikekang lebih awal sekiranya pasukan itu memberi tumpuan kepada keselamatan negara berbanding isu tempatan.

Beliau yang kini ahli PKR mendakwa Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) lebih memberi tumpuan kepada isu politik tempatan berbanding mendapatkan maklumat mengenai ancaman luar.

"Saya ingin menegaskan disebabkan kegagalan ini, kebertanggungjawaban itu tidak boleh diambilkira, kalau kita semua rasa kalau ini yang perlu dijelaskan, mereka perlu jelaskan," katanya kepada pemberita tadi.

Abdul Ghafir selain itu mendakwa solah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara.

"Kita tidak sepatutnya arahan politik diberikan, sepatutnya ada arahan yang jelas datang daripada operasi, politik tidak boleh masuk campur dalam urusan keselamatan negara," katanya yang merujuk kepada Amerika Syarikat yang tegas dalam soal keselamatan dan ketenteraan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana