Perkasa Perhebat Untuk Bangkit kesedaran Orang Melayu...Alhamdulilah


IPOH 1 Mac - Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri Program Perhimpunan Rakyat Perkasa di Dataran Bagan Serai dekat sini Ahad ini.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadual menyampaikan ucaptama sempena perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak itu selain Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip

Yang Dipertua Perkasa negeri, Md. Yusuf Alang Ahmad berkata, program berkenaan yang bertemakan 'Bersatu Memperkasakan Wawasan Negara' itu merupakan rentetan daripada perhimpunan sama yang dianjurkan pertubuhan berkenaan di Pasir Salak sebelum ini.Menurutnya, matlamat utama program itu ialah untuk menyampaikan maklumat tepat kepada orang ramai yang sebelum ini telah didedahkan dengan maklumat tidak benar daripada pihak yang tidak bertanggungjawab."Dr. Mahathir sendiri telah memilih Bagan Serai kerana pada pilihan raya umum lalu, empat kawasan parlimen di bahagian utara negeri ini iaitu Bagan Serai, Parit Buntar, Larut dan Bukit Gantang telah kalah agak kritikal.

"Sehubungan itu, Perkasa berharap input yang diberikan oleh Dr. Mahathir itu nanti mampu mewujudkan satu gelombang yang hebat dalam kalangan rakyat di negeri ini serta keyakinan baru akan timbul terhadap kerajaan dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan penganjuran program berkenaan di sini hari ini.Yang turut hadir, Ketua Penerangan Perkasa negeri, Mahhadi Ramlee; Ketua Wira Perkasa negeri, Mohd. Hafez Mubin Mohd Salleh serta ketua-ketua Perkasa Daerah.
Md. Yusof berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan terhadap segala program yang dianjurkan BN sama ada di peringkat negeri mahupun negara."Kita juga amat berharap dapat membantu kerajaan untuk terus memerintah negara ini dan menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

"Setakat ini, usaha itu sedang berjalan melalui ceramah-ceramah kecil dan perjumpaan di kedai-kedai kopi dengan masyarakat setempat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana