Isu kalimah: PAS akan hilang sokongan ahlinya


GEORGETOWN: PAS akan kehilangan kepercayaan penyokongnya jika terus bersekongkol dengan parti DAP berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar menyelar tindakan berdiam diri pemimpin PAS yang dilihat tidak mampu untuk menasihati kepimpinan DAP yang secara terang-terangan tidak menerima hakikat bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan perlu menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

"Mana pergi suara pemimpin PAS? Pemimpin DAP pula menggunakan ulama PAS sebagai jurucakap mereka untuk menarik sokongan masyarakat...ini boleh mengelirukan orang ramai," katanya kepada pemberita dalam perhimpunan bantahan di Masjid Negeri selepas solat Jumaat di sini hari ini.

Perhimpunan itu turut disertai badan bukan kerajaan seperti Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang.

Dalam perhimpunan berlangsung kira-kira 30 minit mereka turut memijak logo DAP dan mengedarkan risalah 'Pertahankan Kalimah Allah' kepada jemaah yang hadir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana