Isu Wang Derma SJKC : Tempoh 10 Hari buat Jenice Lee Kemuka Bukti.

PUTRAJAYA 8 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee diberi tempoh sehingga 10 hari bermula hari ini bagi mengemukakan bukti berhubung isu kutipan derma pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sebagaimana yang dijanjikan beliau pada Pilihan Raya (PRU12) yang lalu.Wakil penduduk Pandan Perdana, Tony Tan berkata, Jenice selaku wakil Pemimpin tidak sewajarnya berdiam diri dalam menangani isu tersebut.

"10 hari bagi bukti mengenai kutipan derma itu. Jenice perlu menjawab segera dan tidak lagi berterusan membisu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.Turut hadir,  Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai, Naib Pengerusi Terence Ee dan beberapa wakil penduduk.

Beliau menjelaskan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain turut menyokong penuh cadangannya mengadakan forum di antara penduduk dan Jenice dalam usaha mencari penjelasan sebenar.

"Kita akan pergi ke DUN Teratai, jemput penduduk dan Jenice Lee untuk membincangkan hal ini dan beritahu orang ramai apa yang berlaku. Kita mahu Jenice beri jawapan segera," ujarnya.

Tambahnya lagi, persoalan mula timbul apabila sekolah jenis Cina seperti yang dijanjikan gagal dibina walaupun kutipan derma telah dibuat sejak tahun 2008."Minta SPRM siasat Jenice Lee. Kutip derma, ke mana pergi wang tersebut?," tegas bekas ahli DAP itu yang pernah bekerja sebagai pembantu kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.Sementara itu, seorang lagi wakil Penduduk, Lim Ah Chai telah melahirkan rasa kecewa kerana janji pembinaan sekolah tersebut adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan ia sewajarnya ditunaikan.

"Terdapat kira-kira 30 ribu penduduk. Tiada sekolah Cina dikawasan berdekatan, yang ada pun lebih daripada 5km," katanya.Diminta mengulas prestasi Jenice Lee sebagai wakil rakyat di DUN Teratai, Ah Chai berpendapat beliau gagal sebagai seorang pemimpin yang baik."Jenice jarang turun padang. Langsung tidak jumpa penduduk. Mungkin dia segan kerana jarang turun padang."Dia nak jadi wakil rakyat kena tolong rakyat. Isu setempat seperti sampah dan longkang contohnya, kami perlu menghubungi sendiri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Apa guna ada wakil rakyat jika tidak boleh membantu?," katanya.Beberapa wakil Persatuan Penduduk Pandan Perdana telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM pagi tadi menggesa badan tersebut melakukan siasatan terhadap Jenice Lee yang didakwa berlaku penyelewengan berhubung isu Kutipan Derma Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan penempatan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana