"Kalau PM buat salah pun PKR tetap dedahkan"


SHAH ALAM: Pimpinan Pakatan Rakyat diminta menerima hakikat dan berhenti daripada menuding jari kepada seteru politik mereka bersabit satu lagi siri pendedahan 'gambar intim' seorang individu yang mirip kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Noor berkata mana-mana pihak tentunya tidak akan berdiam diri apabila pemimpin mereka didapati mempunyai moral yang buruk, khususnya skandal seks.

Justeru beliau berkata pemimpin pembangkang tidak harus terus menepis bukti yang didedahkan tidak kira sama ada ia adalah perangkap atau tidak selagi ia membuktikan pemimpin mereka benar-benar mengamalkan gaya hidup yang salah di sisi agama.Ezam juga menggesa pemimpin akar umbi Pakatan Rakyat agar tidak hanya melihat ia sebagai 'senjata' mejelang pilihan raya semata-mata.

"Bayangkan kalau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pun buat perkara yang sama, (tentunya) pembangkang tidak akan berdiam diri?"Mereka (Pembangkang) pun akan keluarkan (bukti skandal Najib). Kalau betul pemimpin Umno buat yang macam tu, ada bukti kita minta dia berhenti, tak kiralah menjelang pilihan raya atau tidak.

"Jadi sepatutnya pemimpin pembangkang pun mengambil sikap yang sama, yang penting ada bukti, ada kebenaran, jangan bawa isu lain pula,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana