Kalimah Allah: Ahli Pas, NGO draf surat Guan Eng


PULAU PINANG 22 Mac - Berikutan sikap membisu Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam isu kalimah Allah, beberapa ahli Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merangka sepucuk surat untuk ditandatangani Setiausaha Agung DAP itu supaya menarik balik cadangan penggunaannya dalam Bible versi bahasa Melayu.

Selain Pas Tanjung, NGO yang terlibat adalah Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Malaysia (Al-Ehsan), Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Antara isi kandungan surat itu berbunyi: "Saya, Lim Guan Eng dengan rasa sedar dan insaf dengan ini menarik semula kenyataan saya yang tertera di laman blog saya pada 24 Disember 2012 khususnya mengenai desakan saya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam terjemahan kitab Injil (Bible)."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana