Kalimah Allah: PAS berselindung disebalik Tahaluf Siyasi


Umat Islam seluruh dunia bangkit menentang usaha menghina Rasulullah S.A.W melalui lukisan karikatur. PAS pun bingkas menyokong protes ummah ini. Namun malangnya di dalam negara sendiri di mana Allah cuba dihina, PAS memilih untuk berselindung di sebalik alasan tahaluf siyasi!

Bukankah isu ini adalah peluang untuk berdakwah? PAS wajib terangkan sejelas-jelasnya pada DAP akan sensitiviti umat Islam-Melayu? Jika DAP enggan berundur dari desakannya itu, tidak wajarkah PAS isytihar perang terhadapnya kerana menghina Allah?

Lupakah PAS pada pesan Rasulullah S.A.W jika melihat kemungkaran haruslah dicegah dengan tangan; jika tidak dengan lidah ataupun dengan hati. Protes dalam hati adalah selemah-lemah iman. Keredhaan Allah adalah matlamat perjuangan PAS bukan menang Putrajaya bersama DAP!

Pada satu segi lain, PAS sebagai badan politik jelas lalai dan kurang cekap dalam sifir politik. Jika PAS kelihatan defensif dan apologetik dalam isu ini, pengundi Melayu-Islam tentu keberatan menerima PAS sebagai pembela Islam di Parlimen!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana