Kami akan berjuang sampai mati, kata penceroboh...Bodohhhhh Dan Melampau


SHAH ALAM: Penceroboh bersenjata Sulu dilaporkan tidak mengendahkan amaran untuk menyerah diri sebaliknya bersedia menghadapi serangan anggota keselamatan Malaysia.

Kumpulan yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram mengisytiharkan beliau dan pengikutnya akan berjuang sehingga mati demi mempertahankan tuntutan mereka terhadap Sabah.

Pasukan keselamatan Malaysia pada semalam telah mengedarkan risalah kali ke-2 dengan memberi amaran supaya menyerah selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada penceroboh terbabit.

Dilaporkan Azimuddie telah menghantar teks pesanan kepada abangnya Sultan Jamalul Kiram III pada jam 5 pagi tadi menyatakan bahawa mereka tetap mempertahankan kedudukan dan akan mati dan Tanduo.

"Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau memetik portal berita Filipina.

Laporan terbaru mengesahkan bahawa seorang anggota polis terkorban manakala seorang lagi cedera di Samporna lewat petang semalam dipercayai ditembak oleh pemberontak ketika membuat rondaan di Kampung Selamat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi agensi berita tempatan mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana