Kami hormati keputusan Sabah sertai Malaysia: Pengerusi MNLF


JOHOR BAHRU: Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengiktiraf dan menghormati keputusan rakyat Sabah menyertai Malaysia pada 1963, kata pengerusinya, Muslimin Sema.

Beliau berkata, rakyat Sabah berhak menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lalu dan hak ini tidak boleh dipertikai mana-mana pihak.
"Kami (MNLF) akur dengan kehendak rakyat Sabah untuk menentukan nasib mereka sendiri. Mereka sudah membuat keputusan untuk menyertai Malaysia dan kami menghormati keputusan mereka, itulah pendirian kami," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila, hari ini.

Muslimin, yang juga Naib Datuk Bandar Cotabato City di selatan Filipina, berkata dalam kunjungannya ke Sabah pada 1973, beliau melihat sendiri kebahagiaan yang dinikmati rakyat negeri itu setelah menyertai Malaysia.

"Mereka membuat keputusan dan kami menerima keputusan mereka itu," kata Muslimin sambil menjelaskan bahawa beliau mempunyai ramai saudara mara di Sabah, yang setia kepada negara mereka, Malaysia, dan menjalani kehidupan dengan penuh sejahtera.

- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana