Kebodohan Mat Sabu Semakin Merapu Nampaknya...Meraih Undi Kononnya


Tunjuk borang bukti saya masuk Pas - Musa

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencabar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengemukakan bukti jika benar beliau sudah menyertai Pas.

"Minta dia (Mat Sabu) tunjukkan borang keahlian yang sudah saya tandatangani jika benar saya sudah masuk Pas," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan Mohamad Sabu yang beliau sudah pun mengisi borang menyertai Pas.

Menurut Musa, dakwaan Mohamad Sabu itu tidak benar kerana beliau tidak pernah mengisi dan menghantar borang permohonan untuk menyertai mana-mana parti politik setakat ini.

Malah, beliau langsung tidak berminat untuk menceburi bidang politik selepas menamatkan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Mana ada saya masuk Pas... saya tidak masuk mana-mana parti politik. Bagaimana saya boleh masuk Pas jika saya sendiri tidak pernah menandatangani borang untuk menyertai parti tersebut," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana