Kejayaan Ops Daulat hasil kerjasama ATM, PDRM


LAHAD DATU: Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pemilihan aset yang betul dan penggunaan taktik bersesuaian antara faktor kejayaan pasukan keselamatan dalam memerangi pengganas Sulu melalui Operasi Daulat.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Zainal Abidin berkata, kolaborasi seumpama itu jarang berlaku di negara lain.

"Kejayaan berlaku kerana kerjasama ATM dan polis yang sangat rapat dan ini jarang berlaku di negara lain. Ini wujud hasil usaha dan kesedaran yang dibuat kepimpinan kedua-dua pasukan," katanya ketika ditemu bual menerusi rancangan siaran langsung Selamat Pagi Malaysia hari ini.

Beliau berkata, usaha itu perlu diteruskan dan diutamakan kerana kebersamaan dan kesiapsiagaan adalah penting dalam menjaga kedaulatan negara.

Kerjasama yang dilaksanakan itu sebenarnya bukan suatu yang baharu kerana pernah dilaksanakan ketika negara memerangi komunis sewatu darurat dahulu pada 1948, katanya."Umum tahu tugas Polis adalah menjaga keselamatan dalam negara manakala tugas ATM menjaga pertahanan negara dari ancaman luar.
"Kedua-dua ini diperlukan untuk kestabilan dan keamanan negara," kata Zulkifeli.

Mengulas mengenai aset yang digunakan, beliau berkata pasukan keselamatan mengoptimumkan peralatan yang bersesuaian dengan doktrin yang dilaksanakan sewaktu mengendalikan Operasi Daulat itu.

Katanya, aset yang ada 'value for money' itu antara faktor kejayaan operasi kerana memudahkan anggota menjalankan tugas mereka seperti membersih dan mengesan pengganas.Pengganas dari selatan Filipina itu kini dikesan berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 km dari sini setelah menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.

Setakat ini, 65 pengganas ditembak mati dan 10 anggota pasukan keselamatan terkorban manakala operasi membersihkan kawasan-kawasan terbabit daripada anasir pengganas, di peringkat akhir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana