Ketegasan PM Haruslah Di Puji Rakyat Malaysia 'Letak senjata tanpa syarat'


LAHAD DATU 7 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak pengganas dari Sulu yang menceroboh di Kampung Tanduo dekat sini meletak senjata tanpa sebarang syarat.Najib yang amat tenang dan penuh yakin serta tegas semasa menjawab soalan-soalan daripada pemberita memaklumkan bahawa beliau telah dihubungi Presiden Filipina, Benigno Aquino bertanyakan pendirian Malaysia mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram.

"Pendirian Malaysia berhubung kes pencerobohan pengganas Sulu di negeri ini adalah tegas iaitu mereka perlu letak senjata tanpa sebarang syarat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.Beliau berkata demikian selepas diberi taklimat berhubung Op Daulat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.
Yang hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mengulas lanjut perkembangan Op Daulat di daerah ini, Perdana Menteri berkata, operasi bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melakukan aktiviti penggeledahan serta pencarian mangsa di lokasi kejadian masih diteruskan.Najib berkata, setelah diberi taklimat terperinci, beliau berpuas hati di atas keberhasilan yang dilaksanakan oleh PDRM dan ATM.Menurutnya, kerjasama erat antara dua pasukan keselamatan itu menggunakan segala kepakaran dan kekuatan masing-masing untuk operasi tersebut adalah membanggakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana