Ketua PKR Johor Chua masih merajuk?Padan Muka...



SHAH ALAM: Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng, yang dikatakan merajuk selepas “dipotong jalan” oleh veteran DAP Lim Kit Siang dijangka kembali bertugas minggu depan.

Ketua Biro Guaman PKR Johor Jimmy Phuah berkata ketika ini Chua masih pengerusi PKR negeri walaupun ada spekulasi beliau mahu melepaskan jawatan itu kerana merajuk.

"Beliau bercuti dan kemungkinan minggu depan beliau ada. Saya tidak pasti (sama ada Chua merajuk) tapi beliau masih pengerusi PKR Johor dan akan balik bertugas," katanya.

Chua tidak hadir semasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kit Siang akan bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah, pada majlis ulang tahun DAP yang ke-47 di Skudai dua minggu lepas.

Chua didakwa merajuk kerana sebelum ini dikatakan menaruh harapan untuk bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 ini, tetapi dibantah DAP Johor yang mahu meletakkan calonnya merebut kerusi yang mempunyai majority pengundi Cina itu.

Kini kelibat Chua di Johor tidak kelihatan sejak dua minggu lepas, menguatkan lagi anggapan bekas menteri kesihatan itu merajuk dan mengambil pendirian mendiamkan diri.

Cubaan media untuk menghubungi Chua juga menemui jalan buntu sejak Anwar, yang juga Ketua Umum PKR mengumumkan pencalonan Kit Siang.

Pertikaian antara PKR dan DAP Johor berkenaan kerusi Gelang Patah telah lama berlaku sebelum pengumuman pencalonan Kit Siang di situ. Ia menyebabkan perselisihan faham yang serius dan terbuka antara Chua dengan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang turut berminat bertanding kerusi itu.

Sejak 1999, kerusi Gelang Patah secara tradisinya ditandingi calon-calon PKR dan sebelum itu oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) menentang calon BN.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Gelang Patah dimenangi calon BN, Tan Ah Heng yang mengalahkan calon PKR, Dr Zaliha Mustafa dengan majority undi lebih 8,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana