KPM Ambil Tindakan Tegas Guru Hina Pasukan Keselamatan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang guru dari Kelantan yang dikatakan menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial Facebooknya.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan kenyataan biadap guru itu yang menghina dan mengguris hati banyak pihak serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidik di negara ini.

"Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikulnya dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat patriotisme kepada masyarakat khususnya anak didik mereka," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Pelajaran.

Abdul Ghafar menegaskan Kementerian Pelajaran sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan polis dan tentera dengan mendoakan keselamatan mereka.

"Seluruh warga pendidik mendoakan pasukan keselamatan dikurnia kekuatan dan semangat kental dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya. -BERNAMA

Comments

Saladin said…
harap-harap ada orang buat laporan polis tentang cikgu ni kerana menghina polis...kalau di da[pai salah, kementerian pelajaran pecat je mamat ni...tak layak jadi cikgu...

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana